Wednesday, September 2, 2009

mohon ihsan illahi

aslmkmwbt ustaz, saya berada dlm kebmbgn yg amt sgt skg,sya tlh mmbuat kslpn trhadap suami dan suami tlh nekad x mau maafkn sy dan tlh lafaz taklik akn gugur talak tiga jika sy kmbali bertemunya tanpa izinnya. ttp shgga skg dia tidak izinkn sy brjmpanya utk mhn ampun. tlglah sy ustaz. sy benar2 insaf dan ingin mhn ampun maaf darinya.

5 comments:

  1. Rumitnya.

    Hati seorang lelaki. Nampak keras, di dalamnya lembut. Cuma tak terluah dengan kata2 ...

    Berilah masa kepada dia, mungkin hatinya lembut kembali setelah dia dapat kembali rasional. Selepas itu, pujuk2lah suami kembali.

    Mudah-mudahan hati suami Puan dilembutkan.

    ReplyDelete
  2. Mummy, saya sangat bersimpati dan tak tahu nak ckp apa. Tapi mungkin saya boleh petik sedikit dari ruangan kaunseling Dr Tuah di majalah Nur sept 2007, mengenai kemelut seorang siswi melahirkan anak luar nikah, kemudiannya bapa siswi tersebut tidak mahu mewalikan perkahwinan. Dibawah saya petik beberapa perenggan, moga membantu.

    " Jika anda tanya apa harus anda buat, saranan saya tawanlah hati ibu dan ayah anda kembali. Anda telah melukakan mereka. Anda tidak pernah tahu berapa dalam kelukaan mereka. Yang jelas mereka sangat menderita. Kalau tidak, tentu masih ada rasional ayah untuk mewalikan pernikahan anda supaya kemelut ini dapat dikambus.

    "Bagaimana hendak menawan hati yang sudah lunyai lumat? Kembalilah kepada Allah. Anda bukan sahaja telah bersalah terhadap ibu dan ayah, malah terhadap Allah dan diri sendiri. Tunjukkan kekesalan yang amat jujur dengan membuat sebanyak-banyak ibadah semampu anda. Percayalah, akan lembut hati ayah melihat kesungguhan anda memohon keampunan terhadap Allah."

    "Buang sikap lama - degil, engkar,lalai - kepada patuh, taat dan prihatin. sesiapa pun akan timbul kasih pada kesungguhan untuk berbuat baik."

    Semoga mendapat sedikit panduan,mummy, sementara menunggu bantuan ustaz.

    ReplyDelete
  3. Rumit kes ni. Kalau pi jumpa akan jadi talak 3 terus. Apa yang tidak kena ya. Marah sungguh husband Puan.

    Yang pertamanya, kalaulah pun husband dah ok kembali, macam mana dengan taklid yang dilafazkan tu yer...

    Haihhh kusut....

    Sampai hati juga dia lepas 3 talak terus.

    Kalau saya, mudah marah n cepat cool nya balik. Tapi seingat sayalah . . . orang lelaki ini walaupun marah, mesti nak dipujuk2 juga. Egonya tinggi. Tapi kalau di pujuk selalu akan jual mahal dan akan jadi marah lagi kononnya la. Entah kenapa. Hendak dipujuk, tapi makin dipujuk makin marah. Hehehe.

    Mungkin kena biarkan husband sendirian, Puan pun jangan contact dia. Puan bertenang balik.

    Lelaki ni kadang-kadang tewas dengan perkataan-perkataan kasihan dan sedih seorang wanita. Cubalah nanti.

    Mudah-mudahan lembut hatinya kembali. Jangan lupa doa banyak2 pada Allah. Raya pun dah dekat, semoga yang jauh dirapatkan.

    Amin.

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa kepada Puan

    ReplyDelete
  5. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

    ReplyDelete